Friday, February 27, 2009

cerpen : CINTA VIOLA


Mengapa? Mengapa aku merasakan muzik yang dimainkan olehku ini masih tidak sempurna? Dimana kesalahan aku? Apa yang masih kurang? Kenapa lagu ini bagaikan patung tak bernyawa? Tanganku terus menggesek dengan rancak mengikut susunan irama yang kupilih daripada buku nota itu, namun mengapa aku rasakan hatiku tidak bersatu dengan lagu ini?

“Peserta ke 12, anda layak ke pertandingan akhir”. Kata-kata pengadil pertandingan itu sedikit sebanyak memberi kelegaan pada diriku. “Baiklah, pertandingan seterusnya akan diadakan pada empat hari lagi.harap semua peserta dapat memberikan persembahan yang lebih hebat dari hari ini.”

Aku menghela nafas panjang. Keyakinanku untuk meneruskan perjuangan ini bagaikan sudah menemui noktahnya. Adakah aku mampu untuk meneruskannya lagi? Seluruh tubuhku menggigil, memberi satu perasaan gentar. Perlahan-lahan aku meraup wajahku. Sesungguhnya aku hanya mengotorkan hakikat keindahan muzik. Aku tidak layak untuk mara lagi!

* * *

Angin sepoi-sepoi yang meniup ke wajahku memberi sedikit ketenangan kepadaku. Jendela kubiarkan terbuka, memberi sang bayu peluang untuk menyingkap masuk ke kamarku. Senyuman terukir pada bibirku. Ah… sememangnya keindahan senja begitu mengasyikkan.

Saat itu, mataku menangkap sesuatu yang menarik perhatianku. Sesusuk tubuh yang bersendiri di atas batu-batu pantai sambil mendepangkan kedua-dua tangannya, seolah-olah dia hayut diterbangi sang bayu. Terdetik hatiku untuk terus memerhatikannya. Perlahan-lahan dia menuruti lenggokan angin itu, seolah-olah menghayati iramanya. Jari jemarinya dihayun lembut seolah-olah seperti seorang konduktor kepada kumpulan muzik orkestra. Lagaknya itu sedikit sebanyak mencuit hatiku.

Siapakah sebenarnya gadis ini? Hatiku tertanya-tanya. Mataku terus memerhatikan gelagatnya. Kelihatan gadis itu benar-benar menikmati kedamaian bayu. Rasa kagum muncul dalam hatiku. Tentu saja gadis ini benar-benar seorang pencinta alam. Detik hatiku. Beberapa minit gadis itu hanyut dalam dunianya, senja mulai berlabuh. Aku menarik nafas panjang. Kini gadis itu berlari-lari kecil menuruni batu-batu itu lalu terus menghilang. Dan azan kini mulai berkumandang. Aku menutup jendela lalu perlahan-lahan aku menuju ke bilik mandi. Sebagai seorang yang beragama Islam, aku tidak akan mengabaikan kewajipanku pada Yang Esa…

Sudah hari kedua aku berada di situ selepas aku menarik diri daripada pertandingan pada hari itu. Dua hari lagi pertandingan akhir akan diadakan. Aku menghela nafas panjang. Aku ingin menenangkan diriku dan aku bertekad untuk mencari kelemahanku sebelum kembali berjuang dalam dunia muzik ini. Tentang hal aku menarik diri dalam pusingan akhir telah menimbulkan pelbagai konflik dan kekecohan. Namun, aku sudah mendapatkan keputusan muktamad bahawa aku tidak akan pulang selagi aku tidak meningkatkan kemahiranku.

Kupandang violinku yang berada di atas meja. Mampukah aku menggeseknya lagi? Hatiku dibelungi keresahan. Tidak dipertikaikan teknik dan kemahiranku amat bagus, namun aku tetap merasakan aku tidak dapat memainkan lagu itu dengan baik. Kenapa? Perlahan-lahan aku mencapai violaku.

Jendela kubuka luas lalu aku menarik sebuah kerusi. Aku duduk menghadap keluar. Viola itu ku pangku pada bahuku. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan kananku. Kupejamkan mata, lalu aku memulakan gesekan itu. Lagu Beethoven siri ketujuh, sebuah lagu yang memberikan rasa gembira dan bahagia… Kucuba mempersembahkannya dengan baik, namun kenapa… kenapa aku masih tidak mencapai kepuasan dalam lagu ini?

Gesekan itu terus kuhentikan. Aku mengeluh berat. Dimanakah kesalahanku? Kupandang viola yang menjadi sahabatku selama ini, seolah-olah bertanyakan pendapatnya, namun aku tahu tidak mungkin viola itu akan memberikan jawapan terhadap soalan yang membelengui fikiranku ini.

Akhirnya aku bangun lalu menyimpan kembali viola itu. Mungkin aku perlukan sedikit masa lagi untuk menyempurnakannya. Aku menghempaskan tubuhku ke atas tilam katil yang empuk itu. Aku berbaring lesu sambil terus memikirkan dimanakan kelemahanku. Mungkin aku tidak akan menemui jawapannya…

* * *

Sememangnya keadaan disini amat menyamankan. Aku menguis pasir pantai dengan hujung jari kakiku. Pandanganku beralih kepada violaku disebelah. Mungkin aku patut cuba berlatih ditempat yang nyaman seperti ini. Perlahan-lahan aku mencapai viola itu lalu aku cuba menggeseknya lagi.

Kucuba merasai kebahagiaan dan kegembiraan yang ingin disampaikan dalam lagu itu. Namun, sekali lagi aku gagal. Dengan rasa geram, aku menghentikan gesekanku. Bibirku menggertap menahan kemarahan. Aku marah pada diriku, marah pada kegagalanku dalam menghayati lagu itu.

“Kenapa berhenti? Mainkanlah lagi…” Satu suara menyapaku. Aku tersentak. Pantas aku berpaling. Seraut wajah menghiasi ruangan mataku. Dan aku tergamam. Bukankah dia merupakan gadis semalam?

“Adakah kamu pemain viola? Lagu yang kamu mainkan itu sangat merdu…” Puji gadis itu sambil tersenyum lebar. Tanpa rasa malu, dia terus mengambil tempat duduk disebelahku. “Teknik kamu sangat bagus, namun seperti kekurangan sesuatu…”

Aku terkedu. Ah, adakah dia juga dapat mengesan kelemahanku? Aku merenung dalam kematanya, dan aku masih tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata. Gadis itu betul-betul seorang yang berterus terang. Begitu yakin mengutarakan pendapatnya tanpa rasa ragu. Sangat mengkagumkan!

“Adakah kamu bisu? Oh, kasihannya. Maafkan saya kerana terlalu banyak bertanya. Tapi lagu itu benar-benar merdu. Bolehkah kamu mainkannya sekali lagi?” Pinta gadis itu. Dia kata aku bisu? Aku menjungkit kening. Kelakar betul…

Aku mencapai kembali violinku lalu aku memulakan gesekanku. Mengapa aku menggeseknya semula? Entahlah, gadis ini bagaikan mampu mengawal orang lain supaya menuruti kemahuannya. Tidakkah begitu?

Gadis itu bangun dari duduk lalu terus menari mengikut rentak lagu yang kualunkan. Aku menjungkit kening. Apa yang dia sedang lakukan? Hatiku bertambah hairan dengan sikap gadis itu. Namun aku turut terhibut melihat tariannya itu. Teruk betul… Apakah jenis tarian ini? Tapi nampaknya dia benar-benar menikmati keindahan lagu ini… Aku menguntumkan senyuman. Tak mengapa, biarlah aku habiskan lagu ini…

Melihat gadis itu melompat-lompat dan menyanyi-nyanyi kecil, hatiku mulai berasa seronok. Semangatku untuk menggesek viola itu semakin bertambah. Sangat menghiburkan. Sangat bertenaga. Sangat menggembirakan. Sangat membuaikan perasaan... Seolah-olah hanya aku, dia dan irama itu menguasai tempat tersebut. Bagaikan di sebuah taman yang amat cantik dan dipenuhi irama gembira…

Aku tersentak. Tanganku berhenti dari menggesek secara spotan. Dan tarian gadis itu juga turut terhenti bila tiada lagi kedengaran bunyi gesekan viola daripadaku. Aku terpana. Tadi… bukankah gesekan aku tadi…

“Kenapa berhenti? Kamu mainkannya dengan baik tadi daripada sebelumnya. Bukankah kali ini gesekan kamu lebih bagus?” Gadis itu bertanya. Aku memandang gadis itu. Memang benar… Tanpa aku sedari, aku telah menggeseknya dengan begitu sempurna! Adakah kerana aku sudah dapat merasakan dan memahami maksud lagu ini? Aku terkebil-kebil seolah-olah tidak mempercayai apa yang telah berlaku.

“Hey si bisu… saya mahu menari lagi.” Gadis itu mencekak pinggangnya. Wajahnya dimasamkan tanda protes. Aku tersedar dari lamunanku. Mungkin inilah peluang aku untuk memperbaiki kelemahan diri aku. Senyuman kuukir.

“Baik… Saya mainkan semula.” Ujarku lalu bersedia untuk menggeseknya semula. Mendengar aku berkata-kata, gadis itu terlopong.

“Eh? Kamu tidak bisu rupanya?” Gadis itu mengerutkan kening. “Dan… kamu… ialah seorang lelaki?”

Aku mengerutkan kening. Memanglah aku lelaki, adakah itu pun perkara yang mengejutkan? “Adakah saudari mahu menari lagi?” Tanyaku. Lama gadis itu mendiamkan diri lalu perlahan-lahan dia mengangguk.

Aku memejamkan mataku, lalu mulai menggesek viola itu kembali. Perlahan-lahan aku membuka mata dan melihat gadis itu mulai menari kembali. Mulutnya kembali menyanyi-nyanyi kecil sambil memusingkan badannya mengikut alunan. Aku tersenyum sambil meneruskan gesekanku… Mungkin aku patut berterima kasih padanya nanti… Mungkin aku akan membatalkan penarikan diriku dan menyertai pusiangan terakhir itu nanti.

* * *

Berita tentang aku menyertai semula pertandingan itu, amat menggembirakan semua orang. Dan kini aku berasa lebih yakin. Terima kasih pada gadis itu, aku sudah menemui kelemahanku pada kali yang lepas. Hayati keindahan muzik dengan jiwa dan melihat keindahannya melalui hati… Aku benar-benar merasakannya sekarang.

Kini, tibalah masanya untuk aku membuktikan segala-gala yang aku pelajari daripada gadis itu. Dihadapan para penonton dan juri, aku berdiri di atas pentas dengan violaku. Baiklah, aku akan memulakannya. Aku memejamkan mataku, membayangkan gadis itu menyanyi-nyanyi riang sambil menari kegembiraan, lantas aku memulakan gesekan violaku.

Sepanjang aku menggesek viola itu, fikiranku hanya dipenuhi perasaan bahagia aku bersama-sama gadis misteri itu dan mungkin ini yang dikatakan sebagai cinta? Perasaan yang terbuai melalui muzik yang menyentuh hati, buaian rasa cinta yang murni dan bahagia… Ingin aku sampaikan perasaan ini kepada semua orang dengan laguku. Satu-satunya perasaan yang tidak boleh dibentuk sendiri, satu-satunya perasaan yang tidak boleh dilupuskan… iaitu perasaan cinta…

* * *

Mataku meliar mencari kelibat seseorang. Sebaik sahaja pertandingan itu tamat, terus saja aku bergegas ke tempat dimana pertemuan aku dan gadis itu. Di manakah dia? Dimanakah dia? Kakiku berlari laju di persisiran pantai itu, mencari di manakah gadis tersebut berada. Aku perlu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana dengan bantuannya, aku telah mendapat johan sekaligus meletakkan namaku dikalangan barisan pemain professional.

Tak.. mungkin itu tidak penting… Yang penting lagi, aku ingin memberitahu dia tentang perasaanku terhadapnya. Tapi, di manakah dia? Aku tercungap-cungap keletihan. Nampaknya dia tiada di sini… Aku menghela nafas panjang. Rasa kecewa mula bertamu.

Aku terpandang viola yang kupikul. Mungkin… Cepat-cepat aku mengeluarkan violaku dari beg. Moga-moga cara ini akan berjaya… Pohonku. Viola itu kugesek sepenuh hati. Ku harapkan gadis itu akan muncul. Kuharapkan gadis itu akan terus menyanyi dan menari dihadapanku… Tolonglah muncul lagi…

Kuhabiskan lagu itu, dan kenapa bayangannya belum muncul? Aku terduduk. Tak mungkin… Adakah sudah tiada peluang untuk aku menemui dirinya? Aku mengeluh berat.

“Lagu itu… di mana? Dimana?” Suara yang kurindui memalu gegendang telingaku. Pantas aku berpaling. Kulihat gadis itu sedang meraba-raba sambil berlari-lari anak, seolah-olah kehilangan arah. Untuk seketika aku terpaku. Mungkinkah gadis ini… Aku menggesek violaku kembali. Wajah gadis itu bertukar gembira, lalu dia cuba mengamati arah bunyi violaku. Perlahan-lahan dia mendekatiku sambil tersenyum lebar.

Aku berhenti menggesek viola lalu mendapatkannya. “Kamu… kamu buta?” Aku bertanya, perlahan. Gadis itu terdiam lalu perlahan-lahan menganggukkan kepalanya. Aku memandang wajah gadis itu dengan rasa simpati. Sekarang barulah aku faham kenapa dia terkejut bila mendengar suaraku. Mungkin pada mulanya dia tidak menyangka aku ialah seorang lelaki.

“Terima kasih…” Ucapku. Gadis itu mengerutkan kening. Aku tersenyum lebar. “Kerana kamu, saya dapat menggesek viola ini dengan baik. Kini saya sudah lebih memahami muzik. Melihat melalui mata hati, menikmati dengan sepenuhnya dan menyampaikannya dengan perasaan sendiri.”

Mendengar kata-kataku, gadis itu tersenyum lebar lalu mengangguk perlahan. “Dari mata hati, muzik itu lebih bererti.”

Perasaan kagumku pada gadis itu kian bertambah. Benar jangkaanku, gadis ini benar-benar dapat melihat apa itu keindahan dan telah membuka mata hatiku yang buta tentang muzik. Aku tersenyum lebar. “Saudari, siapakah nama kamu?”

“Viola…” Dia tersenyum manis. Aku tersentak. Aku melirik memandang kepada viola ditanganku. Nama gadis ini sama dengan alat muzik kegemaranku. Nampaknya sememangnya aku dan viola tidak dapat dipisahkan lagi… Aku pasti kini, hidup aku akan lebih bermakna jika satu lagi viola menjadi milikku. Aku melirikkan senyuman kepada Viola.

“Viola yang begitu indah, sepatutnya memerlukan penggesek yang sesuai dengannya. Bolehkah saya mencuba untuk menjadi penggesek kamu?” Aku bertanya. Gadis itu tepana seketika sebelum bibirnya menguntumkan senyuman dan air matanya mulai berguguran jatuh ke pipi. Perlahan-lahan dia mengangguk tanda persetujuan. Hatiku berbunga riang lalu pantas aku menarik tangannya.

“Marilah kita ciptakan dunia kita bersama, Viola…” Kataku dan dia hanya tersenyum malu. Wajahnya masih merona kemerahan. Akanku ciptakan sebuah lagu untukmu Viola… Lagu yang akan membuaikan perasaan dan menarikan irama lembut sepertimu… Aku mahu semua orang dapat menikmati bagaimana cinta kita dapat menguasai lagu dan irama… Tekadku.

Thursday, February 26, 2009

storyboard for tv commercial


haaaa....


ni ialah storyboard utk tvc (tv commercial a.k.a iklan tv) utk exotic nature shop...iaitu kedai menjual haiwan perliharaan eksotik cam katak, cicak, ular, tarantula dn sbgainya


uhuks... al-kisahnye... ada la mamat ni, background lifestyle die tu kira cam masyarakat bndar yg bujang daa...
duk kt umah sorg2...
wat rutin yg sma tiap2 hari...
so bnda tu bosan la kan...
jd, tukarkan kebosanan anda dengan memiliki sahabat baru yg trdiri drpada katak yg comel, ular-ular yg manja, dan mengkarung yang cool....hahahaha
ada berani? kikikih....
actually, tvc ni dh proceed, tp sy rsa still lg xpuas ati (mmg jnis x puas ati pon)
so...skng ngah cr idea bru la...walaupun idea wat dh habis satu buku...haha
if anyone out there yg sudi bg idea.... dialu-alukan la sgttttt....hehe

illustration work -superhero


this is my illustration work


tajuknye superhero....


mula2 ingat nak wat shikamaru, tp bila taw yang lecturer ske superhero dr barat, xjadilah nak wat shikamaru... pikir punye pikir, akhirnya pilih watak SPAWN as my superhero.huhuhu....


(nk bodek lecturer ar kononnye nih...hehe)




kna wat paint kat ats canvas...pkai acrylic plak tuh...perghh...mhal....abis duit...hehe



so, first stepnye, lukis la pkai pensel dlu....


pastu, bru msuk color sket2...hehe





pastu utk effect blakang tu pkai airbrush, sorry lupe nk snap picture yg tu, dh kna submit work tu dh...

uuuhhhh.... yg dh siap lturer amik nk wat pameran, smpai skng x pulang blk...

waaaaa.......................

my major discipline works

sedar x sedar, dah sampai semester ke enam pun sy blajar kt uitm perak ni...

byk bnda dh blajar, there're lots of things happen during this time, and lots and lots and lots of friends i met...i love u all so much!



this semester, i chose 'EXOTIC NATURE SHOP' for my major discipline subject. Ktorg kna wat design smula kedai tu dr logo, stationery, hinggalah ke advertising dan laman web


owh ye, kedai ni jual haiwan perliharaan exotik mcm cicak, ular, katak dan mcm2 lg...kedai die bertempat di jalan melaka raya 20, kt bndar melaka...pglah kalo brani...kikikih...

puhhh...mmg penat dan rasa cam x ckup masa je (xtually mmg x ckup msa sbb sy pemalas...haha)



so... this is my logo....dh proceed tp x puas hati lg. nk tukar lg ahhh....huhu


lg2 kat font tu, mmg x puas hati


ada ke patut boleh melengkung mcm tu? susah nk baca. ish, sape la design ni...hehe


untuk stationery, sy guna elemen katak main sembunyik2...kononye cute la tu.... haha...

so, who said katak is not cute, hu?











3D artwork- back to stone ages...


actually this is my assignment...hehe


i got 'table top' for my first assignment..bila pikir punye pikir... xdpt jugak idea nk wat mcmana


lastly, bila tertengok cite ice ages, barulah dapat idea nk wat zaman batu ni...


so, temanye zaman batulah. haha....


after wat research, sy timbulkan elemen2 mcm gelang taring tu, pastu die punye spear


yang bestnye, cawan, mangkuk dan belanga zaman ni bentuk die x complex sgt, so boleh bg alasan kat lecturer..(actually mmg pemalas nk design perkakasan...haha)


owh ye...nampak kan cemut2 yag tomey2 tu...kih kih...
artwork ni xsiap pun lg sbenarnye... baru half siap
so, nntikan la next post plak...huhu

3D ARTWORK - chess




this is another 3D artwork from me...^^




well, i like this artwork bcoz i love chess and in this artwork, i tried to create different character for those chess...


there are 5 characters which are a ninja, angel, a boy, a wizard and also afroman...haha




the most i love is the angel...^^



3D ARTWORK - trophy




This is my another 3D artwork... dalam kategori piala. Saya namakan artwork ini Anugerah wanita terkuat...hehe



I'm using just primitive objects, terdiri dr bentuk bulat, segi empat, silinder and so on...



Totally simple, right? huhu...